16 July 2015

Taqwa

Iman ialah merupakan keyakinan kita kepada Allah. Taqwa merupakan takut kepada Allah.

Iman dan taqwa boleh diibaratkan seperti kereta dan minyak. Tanpa minyak kereta tersebut tidak dapat bergerak walaupun satu meter walaupun kereta itu kereta mewah.

Begitu jualah dengan iman dan taqwa.  Tanpa taqwa, walaupun kita beriman, kita tetap melakukan dosa kerana walaupun kita yakin bende itu salah tetapi tanpa perasaan takut, kita tetap melakukannya.

Antara kelebihan taqwa ialah Allah ampunkan dosanya. Pada zaman nabi Musa, setelah sekian lama tidak diturunkan hujan, umat nabi Musa memohon agar nabi Musa memohon foa supaya diturunkan hujan.

Nabi Musa mengumpul umatnya di sebuah padang dan memohon hujan pada Allah. Kemudian Allah mengatakan pada nabi Musa, darjat nabi Musa disisi Allah adalah tinggi kerana dia adalah nabi tetapi Allah tidam memakbulkan doanya.

Apabila nabi Musa bertanya pada Allah kenapa doanya tidak dimakbulkan, Allah menjawab, ada dalam kalangan umat nabi Musa itu, ada seorang yang melakukan maksiat selama 40 tahun dan apabila dia keluar daripada padang itu, barulah Allah memakbulkan doanya.

Nabi Musa mengadu pada Allah yang dia hanya manusia yang lemah dan suaranya tidak mampu sam kepada umatnya yang berjumlah 70000 orang itu. Lalu Allah menjawab tugas kamu hanyalah menyampaikan dan Allah lah yang memperdengarkannya kepada hati manusia. Lalu nabi Musa menyampaikan pesanan itu.

Setelah nabi Musa menyampaikan tentang kata-kata Allah tentang seorang dalam kalangan umatnya itu melakukan maksiat dan perlu keluar dari padang ktu baru hujan akan diturunkan. Orang itu segan dan malu untuk keluar dari padang itu kerana seramai 70000 orang menanti-nanti siapa yang akan keluar tetapi dalam masa yamg sama, hatinya terdetik sekiranya dia tidak keluar, hujan tidak akan turun.

Lalu dia pun memohon keampunan kepada Allah. Setelah itu Allah mendatangkan awan mendung bagi menurunkan hujan. Lalu nabi Musa bertanya kepada Allah kenape hujan diturunkan sedangkan tiada sapa yang keluar.

Lalu Allah menjawab, selama 40 tahun Allah menyembunyikan aibnya ketika dia melakukan dosa. Setelah dia bertaubat dan datang taqwanya, tak kan Allah nak membuka aibnya.

Dengan taqwa juga kita akan terus dimasukkan ke dalam syurga. Jika beriman dan kita tidak bertaqwa, kita akan dimasukkan ke dalam neraka dahulu bagi menghapuskan dosa dan kemudiannya baru dimasukkan ke dalam syurga

No comments:

Post a Comment