17 July 2015

Berdakwah

Kita selaku pendakwah hendaklah menjaga imej kita sebagai seorang yang beragama islam. Hal ini kerana, dengan imej islam menyebabkan seseorang yang melihat kita akan tertarik dengan pembawaan islam yang kita bawa dengan hanya melihat watak kita.

Apabila kita sebagai seorang yang memperjuangkan agama islam sendiri tidak menjaga imej dan membawa watak islam yang betul, hal ini akan menyebabkan orang hilang minat terhadap islam kerana kita telah menyebabkan orang disekeliling kita 'salah tafsir' terhadap islam itu sendiri.

Islam itu mudah dan janganlah kita menyusahkan islam itu sendiri kerana hakikatnya kita sendiri yang menyebabkan islam itu susah tetapi janganlah kita mengambil sikap sambil lewa terhadap apa yang dituntut oleh Allah terhadap umatnya dalam islam.

Dengan ilmu yang kita ada, sebarkanlah dakwah islam semampu yang kita boleh dengan kepakaran-kepakaran dan bidang yang boleh kita gunakan. Hal ini kerana islam itu menyeluruh.

Disamping itu, kita juga hendaklah memantapkan ilmu tentang agama supaya kita sentiasa berada di landasan islam yang betul.

Pembinaan ukhwah dan silaturahim sesama manusia juga penting kerana dengan ukhwah dan silaturahim, kita boleh memahami dan mengetahui cara-cara untuk menasihati seseorang. Kesempatan ini boleh kita ambil bagi menyebarkan dakwah islam dan mengubah mereka ini sedikit demi sedikit dan seterusnya membawa mereka ke landasan islam yang sebenar.

Janganlah kita memutuskan silaturahim dan ukhwah yang kita bina sewenang-wenangnya kerana tanpa ukhwah dan
silaturahim, tiadalah kepercayaan antara satu sama lain dan keberkesanan dakwah kita tentang islam terhadap seseorang kurang berkesan

Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin. Semoga segala amal kita diterima Allah dan semoga kita semua berjumpa semula di syurga Allah kelak.

No comments:

Post a Comment