17 October 2013

Pengorbanan

Assalamualaikum para pembaca....

sempena hari raya aidil adha ini, marilah kita bersama-sama menghayati mengorbanan nabi ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya untuk mematuhi perintah tuhan.. beliau telah mengetepikan segala perasaan kasih sayangnya terhadap anak lelaki demi mematuhi perintah Allah.. sungguh hebat pengorbanan yang dilakukan oleh nabi ibrahim a.s. Allah s.w.t hanya ingin menguji ketaqwaan nabi ibrahim. Tatkala nabi ibrahim ingin menyembelih anaknya iaitu nabi Ismail, Allah telah menukarkan anaknya dengan seekor kibas.. inilah kemenangan islam.. sesungguhnya Allah itu maha penyayang lagi maha pengasih..

Oleh itu, marilah kita mencontohi pengorbanan nabi ibrahim, beliau sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Allah... bagi kita pada masa ini, pergilah ke masjid, pergilah mencari ilmu di kuliah-kuliah yang disediakan, tinggalkan sebentar hiburan dunia, isteri, dan anak-anak demi untuk solat berjemaah, mendengar kuliah di masjid, menyertai program usrah dan sebagainya.

Bagi kaum muslimat, benarkanlah suami hendak ke masjid untuk solat berjemaag dan menimba ilmu.. benarkanlah anak-anak untuk pergi mencari ilmu khususnya ilmu agama.. jgnlah menghalang mereka walaupun berat hati.. kerana itulah erti pengorbanan..

Sesungguhnya.. Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya.. Allah itu maha penyayang lagi maha pengasihani...

Nilai Islam

          Beruntunglah sesiapa yang dilahirkan di dalam Islam.. Ini menunjukkan yang Allah s.w.t telah memilih kita untuk berada di jalan yang benar. Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan oleh Allah ini. Kita hendaklah menuntut ilmu agama tidak kiralah apa jua bidang yang kita ambil.. Ingatlah bahawa bukan semua orang memiliki peluang seperti ini. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah..

          Oleh itu, jagalah islam yang kamu miliki.. jangan kerana kamu islam dimalukan, jangan kerana kamu, islam dipandang hina, jangan kerana kamu, orang takut dengan islam.. jangan jadi seperti perumpaan ini, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.


15 March 2013

menjaga hati orang lain tatkala hati sendiri tidak terjaga

sekarang baru aku faham ape makna sebenar di sebalik perkataan itu..  seperti sahabat aku katakan.. semasa kita asyik menjaga perasaan orang lain supaya gembira dan tidak kecewa sedangkan pada masa yang sama perasaan kita sebak tidak kita pedulikan dan tidak ada yang mengambil tahu.. seperti sahabat aku katakan.. bercinta bukan hanya untuk berkekalan sehingga setahun dua.. sbb itu dia tidak mahu memikirkan hal ini walaupun ade orang yg meminatinya..

14 March 2013

tidak sempurna

kita sebagai manusia tidak mampu melakukan sesuatu tanpa melakukan kesilapan.. manusia sering melakukan kesilapan..kita hanya mmpu memohon keampunan ke atas kesilapan yg kita lakukan dan berusaha supaya tidak mengulanginya lagi

07 February 2013

Bilakah Hubungan Ini Akan Ke Peringkat Yang Seterusnya

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah... segalanya telah kembali seperti biasa.. dia berkata yang dia hanya berlakon seperti demikian untuk melihat respon yang dilakukan oleh ana... memang benar perasaan gembira dan senang hati itu ada... walaupun begitu masih timbul persoalan di fikiran ana... sampai bilakah kami akan berada dalam situasi begini.. bila hubungan kami akan naik ke peringkat seterusnya iaitu ke alam pertunangan dan pernikahan... untuk mengubah situasi ini... ana merasakan ana perlu ambil tindakan yang sepatutnya.. iaitu berbincang, berdebat, dan memujuk keluarga ana secara berperingkat... walaupun begitu.. ana masih memerlukan hujah yang kukuh untuk dikatakan kepada keluarga.. perasaan susah hati mula timbul seiring dengan soalan-soalan ini... bilakah hubungan ini akan ke peringkat yang seterusnya

04 February 2013

niat untuk berkahwin tetapi ditolak oleh ibu bapa

Assalammualaikum...

Apo khabar para pembace... hehe.. hari ini kita akan membincangkan topik kahwin awal.. ramai pemuda yang berniat untuk berkahwin awal untuk menjaga kehormatan diri dan untuk mengawal nafsu yang kuat... zaman sekarang banyak cabaran hidup yang boleh menggugat iman kita nih.. ha betul tak?? tetapi tidak semua yang berniat untuk kahwin awal ini berjaya melepasi ibu bapa... termasuk le teman.. teman pun idok la pasti ape yang difikirkan oleh ibu bapa yang menghalang sekeras-kerasnya niat suci ini.. mungkinkah kerana mereka tidak yakin yang kita mampu menguruskan rumah tangga... atau pun disebabkan kita tidak bekerja... tidak dinafikan urusan rumah tangga nih bukan la sesuatu yang boleh dianggap ringan... pendekatan yang boleh diambil ialah dengan mengambil langkah demi langkah proses perkahwinan... contohnya kita boleh pujuk ibu bapa supaya membenarkan kita bertunang dengan seseorang untuk menepis pandangan serong orang ramai... setelah bertunang.. kita hendaklah membuktikan yang kita mampu mengendalikan rumah tangga dengan baik dan menjaga perasaan ibu bapa di kedua-dua belah pihak.... sekian sahaja coretan yang tak seberape ini.. terima kasih kerana sudi membacenye

PBS

Assalammualaikum...

lame jugak tak update blog nih... hewhew.. sekarang nih teman sibuk dengan kerja pbs pengajian am... susah kot... dah la cikgunya sedikit cerewet.. tapi tak pe la.. cikgu tu ok la gak... cuma kene ikut perintah dia je.. teman ikut bukan 100% la.. kalo ikut mcm tuh jawabnye.. susah la di kemudian hari.. hehe ... banyak lagi yang perlu disiapkan.. esok cikgu tuh nak bagi taklimat ringkas tentang definisi dan sebagainya... banyak lagi yang perlu disiapkan... tak lame lagi nak kene buat pembentangan pulak... ade wakil dari mpm pulak tuh... haish.. susah hati dibuatnya... errmmm .. ok la... setakat ini sahaja coretan untuk kali ini.. tak menarik mane pun.. terima kasih kepada yang sudi membace