21 December 2010

Lebih 17,000 wanita berhenti kerja

KUALA LUMPUR - Seramai 17,126 wanita tempatan berhenti kerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga April lalu akibat kesan krisis ekonomi global. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kesan krisis global adalah lebih besar ke atas wanita berbanding lelaki kerana mereka ini lebih mudah terdedah kepada risiko krisis tersebut. 

“Bagaimanapun, kerajaan mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan pengupayaan ekonomi golongan wanita yang terjejas itu,” katanya menjawab soalan Senator J Usha Nandhini pada persidangan Dewan Negara semalam. 

Shahrizat berkata, antara langkah itu adalah mengadakan latihan kemahiran bagi membolehkan wanita menjana pendapatan melalui program seperti Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Jejari Bestari dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNITA). 

Beliau berkata, pada masa ini juga kementerian telah berjaya melatih dan membangunkan seramai 4,550 orang usahawan wanita di bawah inisiatif NKRA kementerian. 

“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,629 orang usahawan wanita dilahirkan dengan pendapatan melebihi RM3,500. 

Beliau berkata, kerajaan mensasarkan peningkatan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh dari 46.4 ke 55 peratus pada tahun 2015 di bawah Rancangan Malaysia ke-10. “Bagi mencapai sasaran tersebut, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan seperti menggiatkan usaha mewujudkan keseimbangan antara kerjaya dan kerja melalui pelaksanaan waktu kerja anjal dan bekerja dari rumah,” katanya. 

Menerusi kaedah bekerja dari rumah, Shahrizat berkata, sehingga September lepas, Jabatan Tenaga Kerja melaporkan seramai 2,823 orang wanita telah mendapat pekerjaan dengan 159 buah syarikat swasta.

Murid tujuh tahun catat sejarah

LUMUT - Usia bukan penghalang bagi seorang perenang cilik maraton negara apabila Firman Hassanie Shauati Abdul Halim, yang berusia tujuh tahun, berjaya menamatkan misi berenang menyusuri Sungai Dinding sejauh 15 kilometer, Sabtu lalu. 

Firman, pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Ampang di Ipoh, yang juga adik perenang selat negara, Salman Ali Shariati dan Zahrah Masoumah, berjaya melakukannya dalam masa 10 jam 20 minit. 

Bapanya, Dr Abdul Halim Abdul Manaf, yang bertindak sebagai pengurus berkata, cubaan berenang itu dilakukan dalam misi ‘1Pelajar 1Komitmen’ menerusi Program Cintai Sekolah Kita Untuk Negeri dan Negara anjuran sekolah berkenaan. 

“Mengikut perancangan awal, Firman akan membuat tiga percubaan renang sejauh 12 kilometer dari kawasan pantai Lumut ke Kampung Telaga Nenas, yang terletak di Ayer Tawar Sabtu lalu sebagai percubaan pertama, Ahad (kedua) dan Isnin (ketiga). 

“Bagaimanapun, syukur kepada Allah, beliau berjaya mengharungi misi tersebut dengan hanya sekali percubaan sahaja, malah satu bonus kepada beliau kerana membuat jarak renangan sejauh 15 kilometer dan bukannya 12 kilometer seperti rancangan asal,” katanya. 

Beliau dan isterinya, Haniza Mohamed yang juga Pensyarah Politeknik Ungku Omar serta saudara-mara terdekat turut meraikan kejayaan Firman kerana berjaya menamatkan misi renangan itu yang bermula 9.15 pagi dan berakhir pada 7.35 malam di kawasan pantai Lumut. 

Beliau berkata, mengikut perancangan awal, Firman akan menamatkan renangan di Kampung Telaga Nenas, tetapi ketika sampai di Jambatan Raja Permaisuri Bainun dekat Kampung Baharu, beliau terpaksa berpatah balik berikutan arus deras. 

“Apa yang dipentingkan di sini ialah jarak renangan yang telah dibuat dan ini merupakan rekod baru untuk negeri dan negara. Berikutan kejayaan tersebut, saya bercadang untuk melibatkan ketiga-tiga adik beradik iaitu Firman, Salman Ali Shariati dan Zahrah Masoumah dalam Projek Ekspedisi Renangan Samudera 

Ekstrem Lima Benua (5XOE),” katanya kepada Bernama, kelmarin. 

Misi pertama 5XOE membabitkan Salman dan Zahrah telah berjaya dilaksanakan Mac lepas, yang melibatkan jarak renangan 60 kilometer dari Tanjung Medang, Pulau Rupat di Indonesia ke pantai Batu Empat, Port Dickson di Negeri Sembilan. 

Misi selanjutnya ialah Selat Cooks, New Zealand; Selat Gibraltar (Sepanyol-Maghribi); Selat Inggeris dan Lautan Trans-Atlantik (Benua Amerika-Eropah).

Tiada pengalaman punca mahasiswa tak jadi usahawan

KUALA LUMPUR -- Tiada pengalaman dan kurang pendedahan dalam bidang keusahawanan merupakan antara penyebab ramai pelajar lepasan institusi pengajian tinggi kurang berminat menjadi usahawan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Abdul Rahim Md Noor.

Beliau berkata pendedahan berterusan perlu diberikan kepada pelajar IPT supaya mereka mendapat gambaran dan mengetahui selok-belok perniagaan.

"Jadi apa yang perlu kita buat sekarang ini adalah memberi pendedahan terus kepada pelajar. Kita perlu ajar mereka bagaimana hendak buat pemasaran, bagaimana mereka hendak mendaftar perniagaan mereka dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Perniagaan Malaysia antara IPT Malaysia 2010 di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan pelajar berminat untuk menceburi bidang perniagaan sekaligus menjadikan ia sebagai kerjaya pilihan.

"Sesetengah keluarga mungkin tidak begitu memberi fokus pada bidang ini. Kita mesti membudayakan keusahawanan di luar kampus," katanya.

Kumpulan Usmec dari Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. Tempat kedua ialah Kumpulan Mitec dari UniKL dan Kumpulan Tiara Enterprise dari Universiti Malaysia Terengganu mendapat tempat ketiga

Kemalangan Paling Dahsyat



IPOH - "Kemalangan yang berlaku begitu mengerikan. Terdapat mayat dipercayai terhumban ke luar di atas jalan dan di dalam longkang sejurus selepas pesiaran yang membawa pelancong Thailand terbabas," kata seorang saksi, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, semalam. 

Muhamad Shafwan yang mengikuti rombongan sekolahnya dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands berkata, beliau turut melihat mangsa yang cederamerangkak keluar daripada bas berkenaan untuk meminta pertolongan. 

“Saya juga nampak ada kanak-kanak terbaring di longkang dipercayai tercampak dari bas. Semasa bas sampai di sini, kemalangan itu sudah pun berlaku dan saya tidak berani untuk melihat dengan lebih dekat," katanya yang masih terkejut kerana melihat kemalangan ngeri itu di depan matanya. 

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. 

Setakat ini, polis telah mengesahkan mangsa yang mati adalah 12 lelaki dan 15 wanita manakala identiti seorang lagi belum dikenal pasti. 

Mereka yang cedera dibawa dengan ambulans ke hospital manakala mayat dibawa dengan lori polis dan Jabatan Pertahanan Awam. 

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, yang mempunyai banyak cerun, dibuka kepada lalu lintas pada tahun 2003 dan merupakan laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah. 

Laluan itu juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi Gua Musang melalui Lojing di Kelantan. 

Menurut sumber Tourism Malaysia, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah. 

Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi Bernama berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu. 

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca...saya kena balik dan bincang,” katanya. 

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas. 

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Eng Hock berkata syarikat akan merancang sesuatu. 

“Buat masa ini saya amat sedih... Saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa,” katanya. 

Kemalangan hari ini merupakan yang paling dahsyat dalam sejarah negara. 

Kemalangan terburuk melibatkan sebuah bas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.

14 December 2010

RESEPI Roti Canai Segere

Bahan-bahan ( anggaran dalam 10 biji )

  • 2 setengah cawan tepung gandum (guna cawan mug)
  • 1 sudu makan mentega (di cairkan)
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 cawan air (untuk bancuhan tepung…agak2 ler)
  • sedikit garam halus
  • minyak masak
  • mentega
  • minyak sapi

Cara-cara

  1. Cairkan mentega. Bancuh susu pekat manis bersama air dan sedikit garam (air bancuhan tersebut perlulah cair).
  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung..gaul rata dan masukkan air susu yang telah di bancuh tadi sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yang licin..
  3. Dscn0452copy
     Bulat2kan menjadi doh yang kecil dan perapkan bersama sedikit minyak masak dan mentega lebih kurang setengah jam
  4. Dscn0454copy
     canai doh tadi sehingga nipis (menggunakan teknik urutan) dengan menggunakan minyak masak.
  5. Dscn0448copy
     Sapukan sedikit mentega pada doh yang di canai nipis tadi..lepas tu gulungkan doh tu macam ni :
  6. Dscn0449copy
     Lepas tuh buat macam angka 8 dengan cara menggulungkan setiap hujung doh tu sehingga bertemu.
  7. Dscn0451copy
     lipat dua angka 8 tadi untuk membentuk seperti bunga ros.
  8. Penyek-penyekkan bunga ros tersebut sebelum menggoreng dengan api yg perlahan. Boleh menggunakan minyak sapi atau pun mentega untuk lebih rasa umphh..
  9. Notes: Untuk lebih rangup, goreng roti tanpa minyak terlebih dahulu, then baru letak minyak sapi/mentega..goreng sehingga garing dengan api yang perlahan..selepas digoreng bolela ditepuk2 dia semasa masih panas untuk lebih umphh…Doh yang telah dibentuk menjadi ros bole disimpan didalam freezer dan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menggoreng..untuk lebih tahan lama di dalam freezer, goreng roti separuh masak tanpa minyak then simpan didalam freezer sebelum di goreng garing

07 December 2010

Apakah itu cinta

Apakah telapak tanganmu berkeringat, jantungmu berdetak cepat, dan suaramu tercekat saat berada di dekatnya?
 Itu bukan Cinta, itu Suka.

Apakah kamu tak bisa melepaskan pandangan atau genggaman dari dirinya?

Itu bukan Cinta, itu Nafsu.

Apakah kamu menginginkan dia saat dia sedang tidak ada?

Itu bukan Cinta, itu Kesepian.

Apakah kamu ada di sana karena itulah yang diinginkannya?

Itu bukan Cinta, itu Kesetiaan.

Apakah kamu menerima pengakuan cintanya karena kamu tak ingin menyakitinya?

Itu bukan Cinta, itu Kasihan.

Apakah kamu ada di sana karena dia memelukmu atau menggenggam tanganmu?

Itu bukan Cinta, itu Ketergantungan.

Apakah kamu ingin memiliknya karena tatapan matanya membuat hatimu berdegup kencang?

Itu bukan Cinta, itu Tergila-gila.

Apakah kamu memaafkan kesalahannya karena kamu peduli padanya?

Itu bukan Cinta, itu Persahabatan.

Apakah kamu mengatakan padanya setiap hari bahwa dialah satu-satunya orang yang kamu pikirkan?

Itu bukan Cinta, itu Dusta.

Apakah kamu ingin memberikan semua benda kesayanganmu untuknya?

Itu bukan Cinta, itu Sikap dermawan.

Apakah kamu tertarik pada orang lain, tapi tetap setia mendampinginya tanpa pernah menyesal?

Barulah itu Cinta.

Apakah kamu menerima segala kesalahan dan kekurangannya karena itulah bagian dari dirinya?

Barulah itu Cinta.

Apakah kamu menangis saat dia sedih meskipun dia kuat?

Barulah itu Cinta.

Apakah kamu memaafkannya dan bersedia tetap bersamanya saat dia menyakiti?

Barulah itu Cinta.

Apakah kamu tetap setia apapun yang terjadi, baik saat gembira maupun sengsara?

Barulah itu Cinta.

Apakah kamu bersedia memberikan hatimu, Episode Kehidupanmu, dan Suka dan Dukamu untuknya?

Ya, itulah Cinta.

Sekarang, tarik perlahan nafas anda. Dan pejamkan mata anda.
Bayangan siapa yg pertama kali muncul? Kemungkinan besar dialah orang yang anda Cintai

***
Dikisahkan sewaktu masih kecil Husain (cucu Rasulullah Saw.) bertanya kepada ayahnya, Sayidina Ali ra: "Apakah engkau mencintai Allah?" Ali ra menjawab, "Ya". Lalu Husain bertanya lagi: "Apakah engkau mencintai kakek dari Ibu?" Ali ra kembali menjawab, "Ya". Husain bertanya lagi: "Apakah engkau mencintai Ibuku?" Lagi-lagi Ali menjawab,"Ya". Husain kecil kembali bertanya: "Apakah engkau mencintaiku?" Ali menjawab, "Ya". Terakhir Si Husain yang masih polos itu bertanya, "Ayahku, bagaimana engkau menyatukan begitu banyak cinta di hatimu?" Kemudian Sayidina Ali menjelaskan: "Anakku, pertanyaanmu hebat! Cintaku pada kakek dari ibumu (Nabi Saw.), ibumu (Fatimah ra) dan kepada kamu sendiri adalah karena cinta kepada Allah". Karena sesungguhnya semua cinta itu adalah cabang-cabang cinta kepada Allah Swt. Setelah mendengar jawaban dari ayahnya itu Husain jadi tersenyum mengerti :