09 December 2014

Jalan Lagi

Assalammualaikum semua...

Apa khabar para pembaca.. haa.. hari ni teman akan berjalan lagi.. destinasi seterusnya ialah Kuala Kangsar..

Setelah berjalan 4 hari berturut2 di Melaka, Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur.. hari ini teman akan bergerak ke Kuala Kangsar untuk menghantar kakak saudara pulang ke rumah.. haha

2 Minggu lepas ke Pulau Pinang.. Minggu lepas ke Melaka dan key el.. minggu ni ke kuala.. akan datang.. ke manakah destinasiku.. Semua tu tentuan ilahi

Berjalan-jalan jugak... solat jgn lupa.. heee

08 December 2014

Hasrat dihati

Zaman sekarang susah utk nikah muda.. sebbnye.. ibu bapa kurang yaking dgn kemampuan anak2.. balik2 tnya nnti nk bg makan ape.. masih mentah lagi.. dan sebagainye..

Jikalau yg ade kahwin tetapi tak nikah.. haa.. baru nk kecoh.. kene marah la.. ape la.. tu la.. mintak nk nikah x bg.. kan dah kne..

Aku seorg lelaki yg ingin menikahi dlm usia muda.. tapi terlalu byk cabaran yg perlu aku hadapi.. tidak berduit.. tidak bekerja.. dan disuruh utk smbg belajar lagi.. herm.. kerisauan melampau oleh keluarga besar aku.. kate m7ereka.. masih muda.. nnti akan jumpa lebih ramaiborg lagi.. kerana apa.. 8 mereka fobia dgn sikap atuk ku yg berpoligami tetapi tidak adil.. jdi.. x boleh salahkn depa gak

itu baru di pihak keluarga besarku.. belum lgi di pihak isteriku.. haa... mcm2 ado.. berat cabaran yg perlu ditempoh.. untuk menjadikn aku dan dia sebagai suami isteri yg sah..

Kenapa aku mau nikahi dia.. haa.. pertama.. sebab aku terlalu mencintai dia dan ingin meluangkn sebanyak2 mase yg blh dgn dia..

Kedua.. kerana aku takut akan kehilangan dia.. aku x sanggup kehilangan isterikuyg tersayang ini.. herm

Ketiga.. kerana aku tidak mahu lalai dgn cintaku ini.. aku ingin menikahinya.. kerana aku mencintainya kerana Allah.. dan islam.. dia byk membantu aku.. dan aku mahu menambahkn pahala ku bersama dia

Kepada bakal isteriku yg ku cintai.. Maafkn la daku kerana aku bukan seperti yang engkau harapkn.. aku hanyalah insan biasa yg lemah.. yg banyak kelemahan.. tetapi ketahuilah bahawa aku amat mencintaimu dan ingin menjadikan mu sebagai isteriku yg sah...

03 December 2014

Poligami

Assalammualaikum semua...

haaa lame sudah x berceloteh.. topik hangat hari ini.. poligami... maksud poligami.. lelaki yg bernikah lebih dri seorg... mari kit bincangkn topik ini.. adakah ianya membahagiakn ataupun pemusnah kebahagiaan..

11 September 2014

Apologize.. Forgive.. and Forget

Assalammualaikum semua.. apa khabar.. teman harap semuanya sihat-sihat belaka.. kate org.. org yang pertama memohon maaf adalah orang yang berani.. org yang memaafkan adalah org yang kuat.. org yang melupakan peristawa buruk adalah org yang bahagia.. adakah ianya benar??

Orang yang pertama memohon maaf adalah orang yang berani.. bagi teman ada benar dan ada yang tidak beberapa tepat.. bagi orang yang memohon maaf atas kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.. itu adalah org yang berani kerana dia berani memohon maaf atas kesilapan dan berani berusaha untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Manakala org yang memohon maaf tetapi mengulangi kesalahannya.. dan kemudiannya mengulangi kesalahannya.. dan memohon maaf.. dgn mengulanginya berkali2 merupakan org yg pengecut kerana menggunakan alasan maaf sebagai pelindung kepada dirinya untuk melindungi dirinya..

Orang yang pertama memaafkan adalah orang yang kuat.. yang ni teman setuju.. sebab bukan senang untuk seseorang itu memaafkan.. untuk memaafkan kesalahan seseorang itu.. amatlah memerlukan kekuatan yang banyak.. kenape?? sebagai penerangan lanjut teman menggunakan kiasan.. paku dan dinding.. setiap kali paku diketuk di dinding pasti akan meninggalkan kesan di dinding tersebut.. mksdnya.. setiap perbuatan itu pasti akan meninggalkan kesan terutamanya perbuatan buruk yang meningkankan kesan kekecewaan dan kesedihan.. bukan senang untuk mengubati kekecewaan dan kesedihan yang dialami..

Melupakan peristiwa buruk merupakan orang yang bahagia.. well.. almost true.. maybe.. orang yang melupakan segala kisah-kisah yang tidak menyenangkan dan menyakitkan hati pasti akan sentiasa gembira dan bahagia.. namun begitu.. melupakan adalah perkara yang paling susah untuk dilakukan kerana perkara itu akan sentiasa membayangi kita dalam setiap peristawa pada masa akan datang dan menyebabkan kita was-was dgn sesuatu perkara..

Walaupun begitu.. apa yang penting sekali adalah kita kene redha dan sabar dalam setiap musibah yang berlaku pada diri kita serta bersyukur kepada Allah dengan kebaikan yang kita peroleh.. ingatlah bahawa setiap perkara baik dan buruk adalah qada dan qadar daripada Allah.. mudah-mudahan celoteh teman yang tidak seberape ini mampu meringan beban yang anda semua hadapi.. Assalammualaikum

27 August 2014

Cemburu Dek Risau


Assalammualaikum semua. Apa kahabr? Teman harap semua pembaca dalam keadaan sihat. Sejak dua menjak nih, teman mengalami cemburu yang agak keterlampauan dek kerana risau kehilangan orang yang tersayang. Kenapa jadi begini? Adakah disebabkan fobia dengan perkara yang lepas?

Bercakap mengenai fobia, sebelum ini teman pernah terlibat dalam kemalangan motor ketika membelok hingga menyebabkan teman sukar untuk melakukan belokan dengan sempurna setiap kali membelok. Dan sebelum ini teman pernah mengalami situasi dimana hati kesayangan teman terusik dengan lelaki lain. Dan semenjak itu setiap kali dia berkawan atau bersembang dengan lelaki teman akan berasa cemburu dan sedih. Dan setiap kali dia berjauhan teman akan berase risau dan takut hingga menyebabkan mood teman berubah.

Mungkinkah ini yang dikatakan fobia? Mungkin ye dan mungkin tidak. Apa pun yang melanda diri teman, teman harap suatu hari nanti teman akan pulih seperti sedia kala kerana teman tidak mahu menjadi seberti tunang sahabat teman di mana kehidupannya dikawal oleh tunangnya. Setiap kali dia ingin berkawan, dia mesti meminta izin kepada tunangnye. Kalau tidak dibenarkan, maka dia tidak akan berkawan dengan orang itu.

Teman tertanya-tanya masih adakah perempuan yang tidak mempunyai kawan lelaki dan jarang bercakap dengan lelaki selain daripada suaminya pada zaman ini?

Apapun terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca teloteh teman yang tidak seberape ini                                                


30 March 2014

Tamat Sudah Zaman Remaja

Assalammualaikum..

Kini umurku telah pun mencecah 20 tahun.. banyak kenangan manis dan buruk sepanjang usia remajaku.. pengalaman selama 20 tahun ini akan aku jadikn pedoman dan petunjuk untuk menempuh zaman beliaku.. insyaallah.. sekiranya ada rezeki.. aku akan melangkah ke zaman ijazah di universiti tempatan.. mudah-mudahan hidup kita diberkati dan dirahmati oleh Allah s.w.t