07 February 2013

Bilakah Hubungan Ini Akan Ke Peringkat Yang Seterusnya

Assalammualaikum dan salam sejahtera...

Alhamdulillah... segalanya telah kembali seperti biasa.. dia berkata yang dia hanya berlakon seperti demikian untuk melihat respon yang dilakukan oleh ana... memang benar perasaan gembira dan senang hati itu ada... walaupun begitu masih timbul persoalan di fikiran ana... sampai bilakah kami akan berada dalam situasi begini.. bila hubungan kami akan naik ke peringkat seterusnya iaitu ke alam pertunangan dan pernikahan... untuk mengubah situasi ini... ana merasakan ana perlu ambil tindakan yang sepatutnya.. iaitu berbincang, berdebat, dan memujuk keluarga ana secara berperingkat... walaupun begitu.. ana masih memerlukan hujah yang kukuh untuk dikatakan kepada keluarga.. perasaan susah hati mula timbul seiring dengan soalan-soalan ini... bilakah hubungan ini akan ke peringkat yang seterusnya

04 February 2013

niat untuk berkahwin tetapi ditolak oleh ibu bapa

Assalammualaikum...

Apo khabar para pembace... hehe.. hari ini kita akan membincangkan topik kahwin awal.. ramai pemuda yang berniat untuk berkahwin awal untuk menjaga kehormatan diri dan untuk mengawal nafsu yang kuat... zaman sekarang banyak cabaran hidup yang boleh menggugat iman kita nih.. ha betul tak?? tetapi tidak semua yang berniat untuk kahwin awal ini berjaya melepasi ibu bapa... termasuk le teman.. teman pun idok la pasti ape yang difikirkan oleh ibu bapa yang menghalang sekeras-kerasnya niat suci ini.. mungkinkah kerana mereka tidak yakin yang kita mampu menguruskan rumah tangga... atau pun disebabkan kita tidak bekerja... tidak dinafikan urusan rumah tangga nih bukan la sesuatu yang boleh dianggap ringan... pendekatan yang boleh diambil ialah dengan mengambil langkah demi langkah proses perkahwinan... contohnya kita boleh pujuk ibu bapa supaya membenarkan kita bertunang dengan seseorang untuk menepis pandangan serong orang ramai... setelah bertunang.. kita hendaklah membuktikan yang kita mampu mengendalikan rumah tangga dengan baik dan menjaga perasaan ibu bapa di kedua-dua belah pihak.... sekian sahaja coretan yang tak seberape ini.. terima kasih kerana sudi membacenye

PBS

Assalammualaikum...

lame jugak tak update blog nih... hewhew.. sekarang nih teman sibuk dengan kerja pbs pengajian am... susah kot... dah la cikgunya sedikit cerewet.. tapi tak pe la.. cikgu tu ok la gak... cuma kene ikut perintah dia je.. teman ikut bukan 100% la.. kalo ikut mcm tuh jawabnye.. susah la di kemudian hari.. hehe ... banyak lagi yang perlu disiapkan.. esok cikgu tuh nak bagi taklimat ringkas tentang definisi dan sebagainya... banyak lagi yang perlu disiapkan... tak lame lagi nak kene buat pembentangan pulak... ade wakil dari mpm pulak tuh... haish.. susah hati dibuatnya... errmmm .. ok la... setakat ini sahaja coretan untuk kali ini.. tak menarik mane pun.. terima kasih kepada yang sudi membace