14 March 2018

3 Jahitan

Assalammualaikum dan hello para pembaca

Hari ni kita update blog dengan bahasa ibunda pulak, tetapi bukan bahasa baku ya. Hari ni merupakan hari yang tragik di dalam hidupku. Tidak semene-mene, ketika mengcungkil daging burger yang keras dek beku, pisau yang digunakan tiba-tiba tersasar, akibat licin dan terlalu beku mungkin, lalu BAM tepat menuju ke tanganku

Perasaan cuak dan takut menyelubungi diriku dek kerana darah yang melimpah dengan begitu banyak. Nasib baik la dahulu kala sertai kelab bulan sabit merah, tahu la serba sedikit tentang cara-cara menangani luka walaupun dah lama tinggai yop, lalu aku menekan kawasan luka untuk memberhentikan darah dan memohon bantuan adikku yang sedang leka melayan youtube untuk mencari barang-barang untuk melakukan first-aid. Malangnya, barang-barang yang diperlukan tiada di rumah

Apabila isteriku mengetahui tentang berita malang ini, dengn tangkas dia menghubungi ibuku yang tidak beberapa jauh dengan rumahku untuk ke klinik. Dalam sekelip mataibuku sampai lalu terus menuju ke klinik Sesudah sampai di klinik, aku terus menuju ke bilik kecemasan lalu memanggil dressar yang bertugas untuk mendapatkan bantuan. Dressar tersebut melihat lukaku dan mendapatkan kepastian doktor sama ade perlu dijahit atau tidak. 

Setelah dressar tersebut memberi cuucukan anti-biotik, lalu dia terus memulakan operasi menjahit. Tiga jahitan diperlukan untuk menutup lukaku sepenuhnya. Nasib la ubat bius digunakan, itupun masih terase sakitnye, kalau tidak guna bius, merana wooo.


Taraa.. inilah hasilnya, begitu sahajalah celotehku pada hari ini.. bubye

Ikhlas daripada



No comments:

Post a Comment