21 October 2012

Doa Jamuan Pengawas


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Dihari yang mulia dan barakah ini, kami hamba-hambamu berhimpun dan berkumpul bagi  meraikan persaraan saudara kami daripada pengawas Sekolah SMK Seri Teja. Kami juga memohon KepadaMu Ya Allah kami bermohon agar  Engkau terimalah segala pengorbanan dan usaha gigih yang  telah mereka dicurahkannya selama  ini. Engkau berkatilah hidupnya,  Engkau murahkanlah rezekinya serta kurniakanlah  kepada mereka Ya Allah kesihatan yang baik agar hambaMu ini dapat meneruskan sumbang  baktinya kepada agama bangsa dan Negara. Kami sedar Ya Allah bahawa kami adalah hamba-hambaMmu yang lemah. Kami tidak  berupaya untuk mengelak diri dari melakukan kesalahan,kesilapan dan dosa kepadaMu  sama ada secara sedar ataupun tidak sedar, dari itu Ya Allah seandainya sepanjang  perkhidmatan kami khususnya saudara kami ini terdapat perlakuan dan tingkah laku yang  mengundang kemurkaanMu, maka ampunkanlah kami Ya Allah. Sesungguhnya Engkau  Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim.
Disini juga kami berharap kepadamu agar  Engkau  kurniakan kecekalan,ketabahan , kesabaran dan rasa tanggungjawab kepada kami hamba-hambaMu yang masih  berkhidmat ini supaya kami dapat menerus dan menjalankan tugas-tugas kami dengan baik dan sempurna. Ya Allah kami memohon dariMu kesihatan tubuh badan untuk kami semua.  Tambahkan ilmu pengetahuan dan berikan keberkatan kepada rezeki yang kami perolehi, dan  jadikanlah kami orang yang bertaubat sebelum kami mati. 

No comments:

Post a Comment