27 August 2014

Cemburu Dek Risau


Assalammualaikum semua. Apa kahabr? Teman harap semua pembaca dalam keadaan sihat. Sejak dua menjak nih, teman mengalami cemburu yang agak keterlampauan dek kerana risau kehilangan orang yang tersayang. Kenapa jadi begini? Adakah disebabkan fobia dengan perkara yang lepas?

Bercakap mengenai fobia, sebelum ini teman pernah terlibat dalam kemalangan motor ketika membelok hingga menyebabkan teman sukar untuk melakukan belokan dengan sempurna setiap kali membelok. Dan sebelum ini teman pernah mengalami situasi dimana hati kesayangan teman terusik dengan lelaki lain. Dan semenjak itu setiap kali dia berkawan atau bersembang dengan lelaki teman akan berasa cemburu dan sedih. Dan setiap kali dia berjauhan teman akan berase risau dan takut hingga menyebabkan mood teman berubah.

Mungkinkah ini yang dikatakan fobia? Mungkin ye dan mungkin tidak. Apa pun yang melanda diri teman, teman harap suatu hari nanti teman akan pulih seperti sedia kala kerana teman tidak mahu menjadi seberti tunang sahabat teman di mana kehidupannya dikawal oleh tunangnya. Setiap kali dia ingin berkawan, dia mesti meminta izin kepada tunangnye. Kalau tidak dibenarkan, maka dia tidak akan berkawan dengan orang itu.

Teman tertanya-tanya masih adakah perempuan yang tidak mempunyai kawan lelaki dan jarang bercakap dengan lelaki selain daripada suaminya pada zaman ini?

Apapun terima kasih kepada para pembaca yang sudi membaca teloteh teman yang tidak seberape ini