11 September 2014

Apologize.. Forgive.. and Forget

Assalammualaikum semua.. apa khabar.. teman harap semuanya sihat-sihat belaka.. kate org.. org yang pertama memohon maaf adalah orang yang berani.. org yang memaafkan adalah org yang kuat.. org yang melupakan peristawa buruk adalah org yang bahagia.. adakah ianya benar??

Orang yang pertama memohon maaf adalah orang yang berani.. bagi teman ada benar dan ada yang tidak beberapa tepat.. bagi orang yang memohon maaf atas kesilapan dan tidak mengulangi kesilapan tersebut.. itu adalah org yang berani kerana dia berani memohon maaf atas kesilapan dan berani berusaha untuk membetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Manakala org yang memohon maaf tetapi mengulangi kesalahannya.. dan kemudiannya mengulangi kesalahannya.. dan memohon maaf.. dgn mengulanginya berkali2 merupakan org yg pengecut kerana menggunakan alasan maaf sebagai pelindung kepada dirinya untuk melindungi dirinya..

Orang yang pertama memaafkan adalah orang yang kuat.. yang ni teman setuju.. sebab bukan senang untuk seseorang itu memaafkan.. untuk memaafkan kesalahan seseorang itu.. amatlah memerlukan kekuatan yang banyak.. kenape?? sebagai penerangan lanjut teman menggunakan kiasan.. paku dan dinding.. setiap kali paku diketuk di dinding pasti akan meninggalkan kesan di dinding tersebut.. mksdnya.. setiap perbuatan itu pasti akan meninggalkan kesan terutamanya perbuatan buruk yang meningkankan kesan kekecewaan dan kesedihan.. bukan senang untuk mengubati kekecewaan dan kesedihan yang dialami..

Melupakan peristiwa buruk merupakan orang yang bahagia.. well.. almost true.. maybe.. orang yang melupakan segala kisah-kisah yang tidak menyenangkan dan menyakitkan hati pasti akan sentiasa gembira dan bahagia.. namun begitu.. melupakan adalah perkara yang paling susah untuk dilakukan kerana perkara itu akan sentiasa membayangi kita dalam setiap peristawa pada masa akan datang dan menyebabkan kita was-was dgn sesuatu perkara..

Walaupun begitu.. apa yang penting sekali adalah kita kene redha dan sabar dalam setiap musibah yang berlaku pada diri kita serta bersyukur kepada Allah dengan kebaikan yang kita peroleh.. ingatlah bahawa setiap perkara baik dan buruk adalah qada dan qadar daripada Allah.. mudah-mudahan celoteh teman yang tidak seberape ini mampu meringan beban yang anda semua hadapi.. Assalammualaikum