17 October 2013

Pengorbanan

Assalamualaikum para pembaca....

sempena hari raya aidil adha ini, marilah kita bersama-sama menghayati mengorbanan nabi ibrahim yang sanggup mengorbankan anaknya untuk mematuhi perintah tuhan.. beliau telah mengetepikan segala perasaan kasih sayangnya terhadap anak lelaki demi mematuhi perintah Allah.. sungguh hebat pengorbanan yang dilakukan oleh nabi ibrahim a.s. Allah s.w.t hanya ingin menguji ketaqwaan nabi ibrahim. Tatkala nabi ibrahim ingin menyembelih anaknya iaitu nabi Ismail, Allah telah menukarkan anaknya dengan seekor kibas.. inilah kemenangan islam.. sesungguhnya Allah itu maha penyayang lagi maha pengasih..

Oleh itu, marilah kita mencontohi pengorbanan nabi ibrahim, beliau sanggup mengorbankan segala-galanya untuk Allah... bagi kita pada masa ini, pergilah ke masjid, pergilah mencari ilmu di kuliah-kuliah yang disediakan, tinggalkan sebentar hiburan dunia, isteri, dan anak-anak demi untuk solat berjemaah, mendengar kuliah di masjid, menyertai program usrah dan sebagainya.

Bagi kaum muslimat, benarkanlah suami hendak ke masjid untuk solat berjemaag dan menimba ilmu.. benarkanlah anak-anak untuk pergi mencari ilmu khususnya ilmu agama.. jgnlah menghalang mereka walaupun berat hati.. kerana itulah erti pengorbanan..

Sesungguhnya.. Allah tidak akan memberi ujian yang tidak mampu ditanggung oleh hambanya.. Allah itu maha penyayang lagi maha pengasihani...

Nilai Islam

          Beruntunglah sesiapa yang dilahirkan di dalam Islam.. Ini menunjukkan yang Allah s.w.t telah memilih kita untuk berada di jalan yang benar. Oleh itu, janganlah kita mensia-siakan peluang keemasan yang diberikan oleh Allah ini. Kita hendaklah menuntut ilmu agama tidak kiralah apa jua bidang yang kita ambil.. Ingatlah bahawa bukan semua orang memiliki peluang seperti ini. Sesungguhnya hidayah itu milik Allah..

          Oleh itu, jagalah islam yang kamu miliki.. jangan kerana kamu islam dimalukan, jangan kerana kamu, islam dipandang hina, jangan kerana kamu, orang takut dengan islam.. jangan jadi seperti perumpaan ini, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.