21 December 2010

Lebih 17,000 wanita berhenti kerja

KUALA LUMPUR - Seramai 17,126 wanita tempatan berhenti kerja bagi tempoh Oktober 2008 hingga April lalu akibat kesan krisis ekonomi global. 

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kesan krisis global adalah lebih besar ke atas wanita berbanding lelaki kerana mereka ini lebih mudah terdedah kepada risiko krisis tersebut. 

“Bagaimanapun, kerajaan mengambil beberapa langkah bagi meningkatkan pengupayaan ekonomi golongan wanita yang terjejas itu,” katanya menjawab soalan Senator J Usha Nandhini pada persidangan Dewan Negara semalam. 

Shahrizat berkata, antara langkah itu adalah mengadakan latihan kemahiran bagi membolehkan wanita menjana pendapatan melalui program seperti Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT), Jejari Bestari dan Inkubator Keusahawanan Wanita (I-KeuNITA). 

Beliau berkata, pada masa ini juga kementerian telah berjaya melatih dan membangunkan seramai 4,550 orang usahawan wanita di bawah inisiatif NKRA kementerian. 

“Daripada jumlah tersebut, seramai 1,629 orang usahawan wanita dilahirkan dengan pendapatan melebihi RM3,500. 

Beliau berkata, kerajaan mensasarkan peningkatan kadar penyertaan wanita dalam tenaga buruh dari 46.4 ke 55 peratus pada tahun 2015 di bawah Rancangan Malaysia ke-10. “Bagi mencapai sasaran tersebut, pelbagai usaha dilaksanakan oleh kerajaan seperti menggiatkan usaha mewujudkan keseimbangan antara kerjaya dan kerja melalui pelaksanaan waktu kerja anjal dan bekerja dari rumah,” katanya. 

Menerusi kaedah bekerja dari rumah, Shahrizat berkata, sehingga September lepas, Jabatan Tenaga Kerja melaporkan seramai 2,823 orang wanita telah mendapat pekerjaan dengan 159 buah syarikat swasta.

Murid tujuh tahun catat sejarah

LUMUT - Usia bukan penghalang bagi seorang perenang cilik maraton negara apabila Firman Hassanie Shauati Abdul Halim, yang berusia tujuh tahun, berjaya menamatkan misi berenang menyusuri Sungai Dinding sejauh 15 kilometer, Sabtu lalu. 

Firman, pelajar Sekolah Kebangsaan Seri Ampang di Ipoh, yang juga adik perenang selat negara, Salman Ali Shariati dan Zahrah Masoumah, berjaya melakukannya dalam masa 10 jam 20 minit. 

Bapanya, Dr Abdul Halim Abdul Manaf, yang bertindak sebagai pengurus berkata, cubaan berenang itu dilakukan dalam misi ‘1Pelajar 1Komitmen’ menerusi Program Cintai Sekolah Kita Untuk Negeri dan Negara anjuran sekolah berkenaan. 

“Mengikut perancangan awal, Firman akan membuat tiga percubaan renang sejauh 12 kilometer dari kawasan pantai Lumut ke Kampung Telaga Nenas, yang terletak di Ayer Tawar Sabtu lalu sebagai percubaan pertama, Ahad (kedua) dan Isnin (ketiga). 

“Bagaimanapun, syukur kepada Allah, beliau berjaya mengharungi misi tersebut dengan hanya sekali percubaan sahaja, malah satu bonus kepada beliau kerana membuat jarak renangan sejauh 15 kilometer dan bukannya 12 kilometer seperti rancangan asal,” katanya. 

Beliau dan isterinya, Haniza Mohamed yang juga Pensyarah Politeknik Ungku Omar serta saudara-mara terdekat turut meraikan kejayaan Firman kerana berjaya menamatkan misi renangan itu yang bermula 9.15 pagi dan berakhir pada 7.35 malam di kawasan pantai Lumut. 

Beliau berkata, mengikut perancangan awal, Firman akan menamatkan renangan di Kampung Telaga Nenas, tetapi ketika sampai di Jambatan Raja Permaisuri Bainun dekat Kampung Baharu, beliau terpaksa berpatah balik berikutan arus deras. 

“Apa yang dipentingkan di sini ialah jarak renangan yang telah dibuat dan ini merupakan rekod baru untuk negeri dan negara. Berikutan kejayaan tersebut, saya bercadang untuk melibatkan ketiga-tiga adik beradik iaitu Firman, Salman Ali Shariati dan Zahrah Masoumah dalam Projek Ekspedisi Renangan Samudera 

Ekstrem Lima Benua (5XOE),” katanya kepada Bernama, kelmarin. 

Misi pertama 5XOE membabitkan Salman dan Zahrah telah berjaya dilaksanakan Mac lepas, yang melibatkan jarak renangan 60 kilometer dari Tanjung Medang, Pulau Rupat di Indonesia ke pantai Batu Empat, Port Dickson di Negeri Sembilan. 

Misi selanjutnya ialah Selat Cooks, New Zealand; Selat Gibraltar (Sepanyol-Maghribi); Selat Inggeris dan Lautan Trans-Atlantik (Benua Amerika-Eropah).

Tiada pengalaman punca mahasiswa tak jadi usahawan

KUALA LUMPUR -- Tiada pengalaman dan kurang pendedahan dalam bidang keusahawanan merupakan antara penyebab ramai pelajar lepasan institusi pengajian tinggi kurang berminat menjadi usahawan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Pengajian Tinggi Abdul Rahim Md Noor.

Beliau berkata pendedahan berterusan perlu diberikan kepada pelajar IPT supaya mereka mendapat gambaran dan mengetahui selok-belok perniagaan.

"Jadi apa yang perlu kita buat sekarang ini adalah memberi pendedahan terus kepada pelajar. Kita perlu ajar mereka bagaimana hendak buat pemasaran, bagaimana mereka hendak mendaftar perniagaan mereka dan sebagainya," katanya kepada pemberita selepas menutup Pertandingan Perniagaan Malaysia antara IPT Malaysia 2010 di sini hari ini.

Abdul Rahim berkata keluarga juga memainkan peranan yang penting dalam menggalakkan pelajar berminat untuk menceburi bidang perniagaan sekaligus menjadikan ia sebagai kerjaya pilihan.

"Sesetengah keluarga mungkin tidak begitu memberi fokus pada bidang ini. Kita mesti membudayakan keusahawanan di luar kampus," katanya.

Kumpulan Usmec dari Universiti Sains Malaysia (USM) memenangi tempat pertama dalam pertandingan itu. Tempat kedua ialah Kumpulan Mitec dari UniKL dan Kumpulan Tiara Enterprise dari Universiti Malaysia Terengganu mendapat tempat ketiga

Kemalangan Paling Dahsyat



IPOH - "Kemalangan yang berlaku begitu mengerikan. Terdapat mayat dipercayai terhumban ke luar di atas jalan dan di dalam longkang sejurus selepas pesiaran yang membawa pelancong Thailand terbabas," kata seorang saksi, Muhammad Shafwan Mohd Nan, 17, semalam. 

Muhamad Shafwan yang mengikuti rombongan sekolahnya dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands berkata, beliau turut melihat mangsa yang cederamerangkak keluar daripada bas berkenaan untuk meminta pertolongan. 

“Saya juga nampak ada kanak-kanak terbaring di longkang dipercayai tercampak dari bas. Semasa bas sampai di sini, kemalangan itu sudah pun berlaku dan saya tidak berani untuk melihat dengan lebih dekat," katanya yang masih terkejut kerana melihat kemalangan ngeri itu di depan matanya. 

Seramai 22 orang mati di tempat kejadian, empat meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital dan dua lagi di Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini. 

Setakat ini, polis telah mengesahkan mangsa yang mati adalah 12 lelaki dan 15 wanita manakala identiti seorang lagi belum dikenal pasti. 

Mereka yang cedera dibawa dengan ambulans ke hospital manakala mayat dibawa dengan lori polis dan Jabatan Pertahanan Awam. 

Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands, yang mempunyai banyak cerun, dibuka kepada lalu lintas pada tahun 2003 dan merupakan laluan alternatif ke Cameron Highlands selain jalan dari Tapah. 

Laluan itu juga digunakan bagi mereka yang mahu pergi Gua Musang melalui Lojing di Kelantan. 

Menurut sumber Tourism Malaysia, seramai 44 pelancong Thai menyertai pakej pelancongan ke Cameron Highlands menggunakan bas dua tingkat milik San Express Holiday dengan nombor pendaftaran AFX 2266 itu yang didaftar di Perak tetapi berpusat di Changloon, Kedah. 

Pengarah Urusan syarikat itu, Sor Eng Hock yang kini berada di Bangkok kerana urusan perniagaan, ketika dihubungi Bernama berkata, sebelum ini tidak pernah berlaku kemalangan melibatkan syarikat itu. 

“Tak sangka jadi macam ini. Saya tak tahu punca...saya kena balik dan bincang,” katanya. 

Syarikat yang didaftarkan pada 2007 itu mempunyai enam buah bas. 

Ditanya mengenai bentuk bantuan kepada mangsa, Eng Hock berkata syarikat akan merancang sesuatu. 

“Buat masa ini saya amat sedih... Saya memang terkejut. Saya tak tahu nak fikir atau buat apa-apa. Tapi kita akan rancang sesuatu untuk mangsa,” katanya. 

Kemalangan hari ini merupakan yang paling dahsyat dalam sejarah negara. 

Kemalangan terburuk melibatkan sebuah bas sebelum ini berlaku pada 13 Ogos 2007, apabila 20 orang terbunuh dan sembilan cedera di KM229 Lebuh Raya Utara Selatan, di Bukit Gantang dekat Taiping.

14 December 2010

RESEPI Roti Canai Segere

Bahan-bahan ( anggaran dalam 10 biji )

  • 2 setengah cawan tepung gandum (guna cawan mug)
  • 1 sudu makan mentega (di cairkan)
  • 1 sudu makan susu pekat manis
  • 1 cawan air (untuk bancuhan tepung…agak2 ler)
  • sedikit garam halus
  • minyak masak
  • mentega
  • minyak sapi

Cara-cara

  1. Cairkan mentega. Bancuh susu pekat manis bersama air dan sedikit garam (air bancuhan tersebut perlulah cair).
  2. Masukkan mentega yang telah dicairkan tadi ke dalam tepung..gaul rata dan masukkan air susu yang telah di bancuh tadi sedikit demi sedikit..uli sehingga menjadi doh yang licin..
  3. Dscn0452copy
     Bulat2kan menjadi doh yang kecil dan perapkan bersama sedikit minyak masak dan mentega lebih kurang setengah jam
  4. Dscn0454copy
     canai doh tadi sehingga nipis (menggunakan teknik urutan) dengan menggunakan minyak masak.
  5. Dscn0448copy
     Sapukan sedikit mentega pada doh yang di canai nipis tadi..lepas tu gulungkan doh tu macam ni :
  6. Dscn0449copy
     Lepas tuh buat macam angka 8 dengan cara menggulungkan setiap hujung doh tu sehingga bertemu.
  7. Dscn0451copy
     lipat dua angka 8 tadi untuk membentuk seperti bunga ros.
  8. Penyek-penyekkan bunga ros tersebut sebelum menggoreng dengan api yg perlahan. Boleh menggunakan minyak sapi atau pun mentega untuk lebih rasa umphh..
  9. Notes: Untuk lebih rangup, goreng roti tanpa minyak terlebih dahulu, then baru letak minyak sapi/mentega..goreng sehingga garing dengan api yang perlahan..selepas digoreng bolela ditepuk2 dia semasa masih panas untuk lebih umphh…Doh yang telah dibentuk menjadi ros bole disimpan didalam freezer dan dikeluarkan terlebih dahulu sebelum menggoreng..untuk lebih tahan lama di dalam freezer, goreng roti separuh masak tanpa minyak then simpan didalam freezer sebelum di goreng garing

07 December 2010

Apakah itu cinta

Apakah telapak tanganmu berkeringat, jantungmu berdetak cepat, dan suaramu tercekat saat berada di dekatnya?
 Itu bukan Cinta, itu Suka.

Apakah kamu tak bisa melepaskan pandangan atau genggaman dari dirinya?

Itu bukan Cinta, itu Nafsu.

Apakah kamu menginginkan dia saat dia sedang tidak ada?

Itu bukan Cinta, itu Kesepian.

Apakah kamu ada di sana karena itulah yang diinginkannya?

Itu bukan Cinta, itu Kesetiaan.

Apakah kamu menerima pengakuan cintanya karena kamu tak ingin menyakitinya?

Itu bukan Cinta, itu Kasihan.

Apakah kamu ada di sana karena dia memelukmu atau menggenggam tanganmu?

Itu bukan Cinta, itu Ketergantungan.

Apakah kamu ingin memiliknya karena tatapan matanya membuat hatimu berdegup kencang?

Itu bukan Cinta, itu Tergila-gila.

Apakah kamu memaafkan kesalahannya karena kamu peduli padanya?

Itu bukan Cinta, itu Persahabatan.

Apakah kamu mengatakan padanya setiap hari bahwa dialah satu-satunya orang yang kamu pikirkan?

Itu bukan Cinta, itu Dusta.

Apakah kamu ingin memberikan semua benda kesayanganmu untuknya?

Itu bukan Cinta, itu Sikap dermawan.

Apakah kamu tertarik pada orang lain, tapi tetap setia mendampinginya tanpa pernah menyesal?

Barulah itu Cinta.

Apakah kamu menerima segala kesalahan dan kekurangannya karena itulah bagian dari dirinya?

Barulah itu Cinta.

Apakah kamu menangis saat dia sedih meskipun dia kuat?

Barulah itu Cinta.

Apakah kamu memaafkannya dan bersedia tetap bersamanya saat dia menyakiti?

Barulah itu Cinta.

Apakah kamu tetap setia apapun yang terjadi, baik saat gembira maupun sengsara?

Barulah itu Cinta.

Apakah kamu bersedia memberikan hatimu, Episode Kehidupanmu, dan Suka dan Dukamu untuknya?

Ya, itulah Cinta.

Sekarang, tarik perlahan nafas anda. Dan pejamkan mata anda.
Bayangan siapa yg pertama kali muncul? Kemungkinan besar dialah orang yang anda Cintai

***
Dikisahkan sewaktu masih kecil Husain (cucu Rasulullah Saw.) bertanya kepada ayahnya, Sayidina Ali ra: "Apakah engkau mencintai Allah?" Ali ra menjawab, "Ya". Lalu Husain bertanya lagi: "Apakah engkau mencintai kakek dari Ibu?" Ali ra kembali menjawab, "Ya". Husain bertanya lagi: "Apakah engkau mencintai Ibuku?" Lagi-lagi Ali menjawab,"Ya". Husain kecil kembali bertanya: "Apakah engkau mencintaiku?" Ali menjawab, "Ya". Terakhir Si Husain yang masih polos itu bertanya, "Ayahku, bagaimana engkau menyatukan begitu banyak cinta di hatimu?" Kemudian Sayidina Ali menjelaskan: "Anakku, pertanyaanmu hebat! Cintaku pada kakek dari ibumu (Nabi Saw.), ibumu (Fatimah ra) dan kepada kamu sendiri adalah karena cinta kepada Allah". Karena sesungguhnya semua cinta itu adalah cabang-cabang cinta kepada Allah Swt. Setelah mendengar jawaban dari ayahnya itu Husain jadi tersenyum mengerti :

28 November 2010

Enjoy Di Kampung

Baru-baru nih saya dan keluarga balik ke kampung...... jarak kampung ngan umah sejauh 90 kilometer je... macam-macam aktiviti saya dan sepupu saya lakukan antaranya mandi sungai dan memancing ...... nak tau ape lagi aktiviti saya lakukan di sana tengok ar video nih........

09 October 2010

10 Tip Melayari Facebook Dengan Selamat

Facebook merupakan laman sosial yang semakin mendapat tempat di kalangan masyarakat Malaysia. Fenomena Facebook telah membawa kepada pelbagai kebaikan dan keburukan kepada penggunanya. Jika digunakan untuk membuat kerja yang berfaedah adalah amat-amat dialukan. Tetapi ada juga yang mengambil kesempatan di atas kemudahan teknologi terkini dengan membuat kerja-kerja yang tidak bermoral.

Saya sediakan 10 tips melayari Facebook dengan selamat bagi anda berfikir tentang bahayanya Facebook jika tidak digunakan dengan cara yang betul.

1. Fikir dulu mengenai siapa yang anda nak add ataupun approved kerana anda mungkin akan mendedahkan identiti kepada orang yang tidak dikenali.

2. Check privacy settings. Facebook menyediakan setting untuk anda privatekan sesuatu yang anda tak mahu orang lain tahu mengenai anda.


3. Kenapa anda create akaun Facebook? Hanya untuk share photos? Share links dan update mengenai aktiviti yang anda lakukan? Kalau begitu limitkan information mengenai diri anda.

4. Sentiasa ubah password. Seboleh-bolehnya jangan gunakan password yang sama untuk semua akaun contohnya emel, maybank2u dan lain-lain.

5. Bila anda sign in di komputer yang berbeza, pastikan anda sign out dengan sepenuhnya. Jangan sesekali tick pada “remember me”.

6. Berhati-hati dengan apa yang anda post. Sekali anda update status dan komen, sesiapa saja boleh melihat apa yang anda tulis. Adakah anda ingin orang lain tahu tiada sesiapa di rumah anda kerana anda pergi bercuti ataupun anda sedang keseorangan di rumah?. Ingat!!Gerak geri anda sedang di perhatikan.

7. Berhati-hati dengan serangan phishing. Anda mungkin akan terpedaya dengan halaman palsu yang seakan-akan halaman sebenar. Akaun facebook, myspace dan maybank2u tak terlepas dari ditiru oleh pihak yang tak bertanggungjawab.

8. Ambil tindakan dengan segera. Jika kawan anda telah terima status update, message dan sebagainya walaupun anda tidak menggunakannya, cepat-cepat tukarkan password. Jika anda tak boleh log on akaun facebook anda, pergi ke bahagian Help link di bahagian bawah facebook page dan klik pada "security" untuk maklumkan kepada Facebook.

9. Jangan sesekali klik pada link yang anda tak tahu dari mana datangnya link tersebut. Contohnya seseorang yang tidak anda kenali telah send link pada status dan message anda, elakkan dari klik link tersebut jika anda ragu-ragu.

10. Gunakan facebook untuk kerja-kerja yang bermoral dan berguna untuk anda contohnya meluangkan masa untuk berkongsi pendapat dan menambah kenalan. Elakkan dari membuat kerja yang tidak sepatutnya seperti menyebarkan virus, menceroboh privacy orang lain dan sebagainya.

Diharap tips ini sedikit sebanyak memberikan informasi kepada anda semua tentang bahayanya rangkaian sosial jika tidak di uruskan dengan sebaiknya. 

Kisah Abdullah Bin Salam: Pendeta Yahudi Yang Memeluk Islam

BUKU Sirah Nabawiyyah juga ada menceritakan sikap Yahudi yang tidak mungkin akan menerima perubahan sekalipun ada kalangan daripada mereka yang berpengaruh besar akhirnya memeluk Islam.

Ini apabila kita mengikuti kisah Abdullah bin Salam sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al Bukhari. Abdullah adalah seorang pendeta Yahudi yang paling alim dan berpengaruh besar di kalangan penduduk Yahudi di Yathrib.

Apa yang beliau lakukan dan apa sahaja yang keluar daripada mulutnya akan diikuti dan didengar oleh para pengikut Yahudi yang lain.

Apabila Abdullah sendiri mendengar mengenai kehadiran Nabi Muhammad SAW ke Yathrib di kampung Bani An Najjar di Madinah, beliau tergesa-gesa hendak menemui baginda.


Apabila Abdullah dapat bertemu dengan Nabi Muhammad, beliau pun mengajukan pelbagai persoalan mengenai soal kenabian sebagaimana yang Abdullah ketahui sebagai pendita Yahudi.

Ini kerana tidak semua orang mengetahui perkara tersebut kecuali golongan yang tertentu sahaja.

Lalu dijawab oleh baginda akan segala persoalan yang dikemukakan oleh Abdullah sehingga si Yahudi ini begitu berpuas hati kerana ia menepati sebagaimana yang beliau ketahui selama ini dan dapat menyaksikan sendiri tanda yang terdapat pada tubuh baginda yang disebut sebagai khatamun nubuwwah, pengakhir zaman kenabian.

Tanpa banyak bicara, Abdullah pun memeluk Islam tanpa sebarang ragu-ragu lagi di hadapan baginda kerana beliau meyakini bahawa bagindalah nabi akhir zaman yang disebut-sebutkan dalam kitab Taurat.

Selepas mengucapkan dua kalimah syahadah di hadapan baginda, Abdullah pun berkata: "Sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang suka mengada-adakan cerita. Kalaulah mereka tahu keislamanku sebelum kamu tanyakan mereka sudah tentu mereka kan menuduh yang bukan-bukan mengenai diriku kepada kamu."

Lalu baginda pun mengutuskan wakil untuk menjemput kalangan para pemimpin dan pengikut kaum Yahudi supaya hadir menemui baginda.

Apabila mereka hadir dan berkumpul di hadapan baginda Rasulullah, pemimpin mereka Abdullah Salam pun masuk ke belakang, menyembunyikan diri.

Baginda pun menyampai seruan dakwah terhadap kaum Yahudi di hadapan baginda itu dengan meminta mereka mengakui keesaan Allah dan diri baginda sebagai pesuruh-NYA.

Namun usaha baginda itu, tidak mendapat sambutan sehinggalah baginda kemudiannya bertanya kepada mereka; "Baiklah kamu tidak dapat menerima seruan dakwah saya, tetapi siapakah lelaki di kalangan kamu yang bernama Abdullah bin Salam?"

Mereka pun menjawab; "Dia adalah pemimpin kami yang paling kami hormati, kerana dialah yang paling alim dan paling kuat beramal di kalangan kami. Dia juga yang terbaik."

Dengan lain perkataan Abdullah Salam sering dipandang tinggi dan mulia di kalangan para pengikutnya dan pastinya apa pun perubahan yang berlaku pada Abdullah pasti akan diterima dengan baik.

Lalu baginda berkata lagi; "Apa pandangan kamu jika aku katakan bahawa pemimpin kamu itu, Abdullah bin Salam telah memeluk Islam?"

Lalu mereka menjawab berulang kali sambil bersorak: "Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!" Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian! Kami berlindung kepada Allah dari yang demikian!"
Mendengarkan itu, lalu Abdullah pun keluar daripada persembunyiannya lalu berkata di hadapan para pengikutnya itu: "Aku bersaksikan bahawa tiada tuhan selain Allah dan aku juga bersaksikan bahawa Muhammad ini adalah pesuruh Allah!"

Lantas mereka pun menjawab dengan nada yang sungguh marah dan tidak puas hati: "Oh tidak! Abdullah adalah orang yang paling jahat di kalangan kami dan dia juga sebenarnya adalah anak orang yang paling jahat!"

Mereka pun terus menuduh yang bukan-bukan terhadap Abdullah namun Abdullah berkata: "Hai sekalian kaum Yahudi, bertakwalah kamu terhadap Allah. Demi Allah yang tiada tuhan selain-Nya dan kamu benar-benar tahu bahawa Muhammad ini adalah Rasulullah yang datangnya untuk membawa kebenaran kepada kita semua,"
Lalu mereka pun menjawab: "Kamu pembohong besar!"

Terbukti tidak sampai beberapa minit mereka terus berubah apabila berhadapan dengan perkara yang mengancam kepentingan mereka. Pemimpin yang mereka sanjung selama ini pun terus tidak lagi mendapat tempat di hati mereka apabila sudah tidak sealiran lagi, apatah lagi terus memeluk Islam.

08 October 2010

Contoh Kerja Kursus Akaun Kertas 3 Tahun 2010 Tingkatan 4

Assalammualaikum..... di sini saya sertakan satu contoh untuk dijadikan rujukan kepada pelajar tingkatan 4 2010 ...... tetapi ingat janganlah meniru daripada contoh yang telah saya berikan ini......

Elemen 1 (pengenalan)
Elemen 2 (urusniaga,dokumen,buku catatan pertama, lejar,imbangan duga,penyata kewangan)
Elemen 3 (Rumusan)

Manfaatkanlah dengan cara yang betul...............

Perkhemahan Wawasan 2010

Assalammualaikum...... pada jumaat minggu lepas pihak sekolah SMK Seri Teja telah menjemput pelajar-pelajar politeknik dari Kuala Lumpur untuk mengadakan kem motivasi kepada pelajar SMK Seri Teja. Banyak perkara yang telah berlaku sama ada baik ataupun buruk. Walaubagaimanapun kem ini telah berjalan dengan lancar dan menyeronokkan. Pelbagai aktiviti telah diadakan dalam kem ini antaranya tarian poco2, ceramah, slot LDK, permainan hajarulaswad, dan pelbagai lagi.....




sekian saja dari saya pada kali ini......

01 August 2010

Kapal Kargo milik Israel dibenarkan berlabuh di Pelabuhan Klang?


KAPAL kargo milik Israel yang dibenarkan untuk berlabuh di Pelabuhan Klang bagi tujuan perdagangan telah menimbulkan kemarahan dan rasa tidak puas hati banyak pihak berikutan kekejaman rejim Zionis itu terhadap misi bantuan kemanusiaan ke Gaza pada 31 Mei lalu. Perkara mengenai kapal-kapal itu didedahkan baru-baru ini, malah disahkan oleh Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha.

22 July 2010

Karnival Kokurikulum SMK SERI TEJA







Pada 21 Julai 2010 hari Karnival Kokurikulum SMK SERI TEJA berlangsung. Banyak acara berlangsung seperti pertandingan kawat kaki, catur , batu seremban , congkak , gubahan kek , bintang seri teja , membuat golem , dan berbagai-bagai lagi


18 July 2010



SEORANG bintang bola sepak Marlon King telah masuk Islam di penjara. Di penjara dia berkenalan dengan Abu Hamza, pengilang di Britian, terkenal sebagai Ulama Islam asas dan radikal. Mantan striker Liga Premier ini telah masuk Islam juga melalui bimbingan Muslim lainnya.Mantan striker ini dipenjara setelah ia menganiaya seorang gadis dan memecahkan hidungnya.

Marlon King, 29 tahun, sekarang meminta teman-temannya yang lain memanggilnya dengan nama Abu Hamza Tariq. Dia menjalankan sholat lima kali sehari, menuntut daging 'Halal' di penjara dan hanya akan berbincang dengan rakan Muslim.

King, yang bermain untuk Kelab Wigan, juga telah memulai diskusi tentang serangan Sept.11 di New York dan perang di Afghanistan. Staf dan rakan di HMP Wayland, dekat Thetford, Norfolk, merasa hairan dengan tingkah lakunya.

Marlon mengatakan akan mengubah keluarganya kepada Islam, jika dia keluar dari penjara akhir tahun ini.

"Ini bukan sementara.. Itu perubahan gaya hidup total. Marlon juga membaca buku-buku tentang Islam selama berjam-jam di selnya."

King atau sekarang Abu Hamza Tariq dipenjarakan selama 18 bulan sejak Oktober lalu kerana melakukan penyerangan seksual terhadap Emily Carr, 20 tahun di Soho Revue Bar, London. King, yang sekarang mulai memakai serban, mengatakan dia akan menyumbangkan £25,000 kepada orang-orang Afghanistan untuk membantu mereka mengatasi dampak masalah konflik.

Selamat menerima Hidayah, semoga istiqomah dalam agama ini

Muhammad Fitri:Ada orang yang lahir dalam keluarga Islam, tetapi Jahil tentang Islam. Mereka mengatakan Islam tidak boleh dilaksanakan tetapi yang sebenarnya mereka tidak mahu melaksanakannya.

Terminal Makanan Negara(TEMAN) kini di buka

Terminal Makanan Negara(TEMAN) yang terletak tidak jaduh dari gopeng kini telah dibuka. Terdapat banyak barang yang boleh di borong misalnya daging,ayam,ikan, dan lain-lain. Selain itu Teman juga mempunyai kafe untuk para pelanggan menjamu selera.
huhu hebat baru dua hari lepas aku berjumpa dengan teman lame dari sekolah rendah sungguh seronok apabila dapat berjumpa dengan teman lame.....

05 July 2010

Inspirational love stories - Love and Time

Once upon a time, there was an island where all the feelings lived: Happiness, Sadness, Knowledge, and all of the others, including Love. One day it was announced to the feelings that the island would sink, so all constructed boats and left. Except for Love.

Love was the only one who stayed. Love wanted to hold out until the last possible moment.

When the island had almost sunk, Love decided to ask for help.

Richness was passing by Love in a grand boat. Love said,
"Richness, can you take me with you?"
Richness answered, "No, I can't. There is a lot of gold and silver in my boat. There is no place here for you."

Love decided to ask Vanity who was also passing by in a beautiful vessel. "Vanity, please help me!"
"I can't help you, Love. You are all wet and might damage my boat," Vanity answered.

Sadness was close by so Love asked, "Sadness, let me go with you."
"Oh . . . Love, I am so sad that I need to be by myself!"

Happiness passed by Love, too, but she was so happy that she did not even hear when Love called her.

Suddenly, there was a voice, "Come, Love, I will take you." It was an elder. So blessed and overjoyed, Love even forgot to ask the elder where they were going. When they arrived at dry land, the elder went her own way. Realizing how much was owed the elder,

Love asked Knowledge, another elder, "Who Helped me?"
"It was Time," Knowledge answered.
"Time?" asked Love. "But why did Time help me?"
Knowledge smiled with deep wisdom and answered, "Because only Time is capable of understanding how valuable Love is."

29 April 2010

huhu.. kat makmal komputer

pertama kali waktu fizik masuk makmal komputer tk belajar ..... masing2 mengadap komputer ade yang bukak facebook,myspace, dan friendster

27 April 2010

kehilangan duit??

aduhai hari ni duit aku hilang lagi siape ambik ha ahli keluarga ke benda-benda lain entahla akupun tk pasti payah la duit hilang.... bukan aku je yang hilang hampir semua ahli keluarga ku duit hilang apa cerita nih......

hari jadi pengetua

hari ini ade sambutan ari jadi puan pengetua sekolah menengah kebangsaan seri teja iaitu Puan Noraini Binti Ibrahim. puan pengetua sunggu terharu hingga menitiskan air matanya huhu
puan pengetua berkata bahawa dia tidak selalu menyambut hari jadinya habis-habis pun anaknya mengucapkan selamat hari jadi.

seronok mandi sungai dengan saudara-mara

huhu seronoknya mandi sungau ngan saudara-mara semasa baru datang aku menjaga adik-adikku yang bermandi-manda di sungai... setelah mereka puas berendam macam badak air dan bermain pasir baru aku ikut bapa saudara ku mencari ikan bersama-sama dengan anaknya kami dapat dua ekor ikan je tk banyak pun tapi aku kesian kat adik saudaraku lemas dua kali kesian dia ish..ish..ish.. aku pun ade terikut aliran air yang deras tapi yang paling lawak sekali cekenik melekat kat mata ku pun aku tk perasan lawak-lawak hahaha.....